Wednesday, November 11, 2015

ZUMBA.

Siapa baca blog ni dah lama mesti tau dulu aku rajin bersukan.. Tak kiralah sukan lari naik tangga 13 tingkat ke.. Sukan futsal pon aku join.. Tennis pon aku main.. Gym pon aku pegi untuk lari kat treadmill.. 

Tapi tu semua dulu.. Dah lama aku stop semua benda berkaitan sukan-sukan.  Konon-konon dulu berangan if dah ada bibik senang sikit aku nak keluar kejap gi gym ke apa.. Tapi tu semua alasan, memang tak ye.

Lately ni aku rasa dah gemuk hahahah.. bukan setakat rasa ye, memang dah gemuk.. Haritu gi pharmacy ada penimbang, laju je timbang.. hambik kau dah 57kg.. Terus sentap satu hari.. Aku dah tetapkan syarat berat aku tak leh lebih dari 55kg.. Sebab nak dapat berat idaman 50kg memang tak mungkin.. So janji jangan lebih dari 55kg pun dah cukup bagus.. Ni apa cerita ni wei?

Sampai rumah terus timbang lagi sekali.. weight scale kat rumah tu battery tak berganti.. benda tu digital dan nampak tak nampak.. aku naik, bibik tolong tengok berapa kg.. Sib baik kat rumah 56kg hahaha.. Dengan pantas terus call Kak Nana..

Aku: Kak Nana, nak ikut gi gym.

K.Nana: Apahal tetiba? 

Aku: Dah melampau sangat ni berat, tak leh tunggu dah.

K.Nana: Ok ok malam ni Knana amik.

 Kemain semangat lagi first day ni

Sampai je sana ada buat Birthday Party untuk November Bday Girl.. Ngam2 buat time birthday Kak Nana.. So aku join je lah sekali.. Ada makan-makan tapi aku makan tembikai je.. Gila makan pizza pastu nak zumba?

Actually aku gi sana nak guna treadmill je.. Tapi zumba instructor dan Kak Nana ajak aku try zumba.. Instructor dia cakap Zumba ni 1 jam je.. tapi paling pantas untuk burn calories compared to treadmill semua tu.. sebab the whole body akan move.. Lagipun tak stress sebab macam fun menari je.. dalam sejam banyak gila buat squat tapi tak perasan sebab kita dance.

Ok lah aku bayar RM20 untuk 1 jam.. Lepas ni kalau ok boleh amik package 4 session RM75.

Tu baju hijau striking tu instructor kita.. Umur dia 39 tahun yer.. Badan dia pergh.. 

First time seumur hidup aku join zumba ni.. 15 minit pertama aku dah macam wthhhhh penat nak mampos.. helppp!!! nasib aku duduk kat belakang area locker.. berenti jap minum air.. Tapi masa minit ke 40 tetiba aku rasa susah nak bernafas, tekak kering gila.. huawaaaaa matilah aku.. terus stop kejap relaxxx bagi tenang sikit.. then sambung.. complete lah 1 jam.  Diorang ni gila semangat ok.. sampai ko rasa segan if ko tak bersemangat.. sambil zumba jerit "zumbaaaaa!!!" pastu tetiba jerit lagi macam "wuuuuu" "wuuuuu" eh macam disco. hahahhaha.. 

Bila dah habis, instructor tanya "ok tak?" hahaha aku gelak je cakap "macam nak mintak nyawa"

Now dah 2 kali aku join.. so far so good.. walaupun bila minit ke 45 aku rasa nak angkat kaki pon tak larat.. gila apa diorang ni semua dasyat ok.. sentiasa bersemangat.. Tapi class ni best gila kot.. lagu semua rancak.. ada macam-macam lagu, bangra pon ada.. bila dah nak last-last tu ada lagu "perhaps" pastu ada cha cha dance.. tapi bangra aku paling tak sanggup.. pastu instructor dia paling best.. sebab sporting, ceria je.. towards the end pon dia akan gembira dan bersemangat.. selalu je dia tengok aku kat cermin sambil buat sign thumbs up tu.. nak tanya la tu ok ke tak? huarghhhhhhhh... tapi kelas zumba ni penuh.. aku sampai terkepit celah locker tu.. nak move lebih-lebih takut terpijak kaki orang.. 

Kak Nana tu last year masa birthday dia 62kg ye.. now dia 54kg.. Tapi Kak Nana terror badan lembut je.. Aku macam kayu, arghh lantak lah sebab aku join zumba bukan nak bagi terror menari ke apa.. aku nak bersukan, aku nak lifestyle yang sihat dan aku nak turunkan berat badan.  Orang angkat tangan kanan aku angkat tangan kiri.. orang ke kiri aku ke kanan.. hahahah penat tau tak.  Tapi gila lah.. lepas zumba 1 jam tu basah kuyup satu badan.. memang puas hati gila lah.. berapa tahun dan peluh tak keluar.. Bila badan berat kita jadi malas, cepat mengah.. now high heels pon aku tak leh pakai sebab rasa 'beban' sangat nak melangkah hhahaha.. 

 Pak Radie pon ok supportive.. dia takut kot bini dia jadi besar sedangkan dia halus je.. heheheh.. Kalau nak harap aku workout sendiri kat rumah memang TAK lah.. aku rela baring je tak habis-habis.. so kali ni aku kena push diri sendiri walaupun Ya Allah malasnyaaaa hehehe.. Korang yang dalam dilema macam aku ni pun sila lah bangkit, pergilah join zumba ke, pegi gym ke apa.. Kalau tak boleh nak disiplin buat sendiri kat rumah, better turun terus gym tu.. Badan rasa sihat je bila dapat berpeluh bakar lemak semua tu.. Aku nak join ni pon 3 kali je kot seminggu.. Malam ni ada lagi zumba ;)

"Majulah Sukan Untuk Diri Sendiri"




Love, 
Filla.

11 comments:

berry said...

kak filla tinggi berapa cm?
sy berat 55kg pon org panggil kurus kering.

Anonymous said...

Filla,

join zumba kat mana? kita pun tgh survey2 ...
badan dah berat now 64kg... nak berat ideal 55kg huhuhu
tolonggggg

Anonymous said...

if stay kat kl, blh g zumba dgn nourul wahab depp. dia ada organized. info can get at her ig n fb


nhn

Carleed Danial said...

Zumba memang best tapi cepat penat sikit sebab banyak pergerakan..nanti dah lama-lama ok je tu..hehehe..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

akak baru sebut zumba dah mengah ni Filaa

jamilahamzah said...

teringin gak nak zumba.. tapi bila ntah nk p register mana2 kelas..hahaha..

- dieyana - said...

ahah..selamat berzumba filla...ha..gila lencun kan...awal2 mmng mcm tu..semput..tapi mmng best giler...kalau dieyana, bab jerit2 tu mmng no 1..step ke mana, lantak lah, yang penting hepi..hahah kipidap filla!

Hafiz Hafizol said...

kita buat zumba dalam bilik je sambil tgk video zumba wakaka.. =P

LABUCHEE said...

kak pilaaaaa kt sri gombak ade kak pilaaaa sejam rm10 ke rm15 jeee...zumba kt tmn bolton seri gombak..

Anonymous said...

Ohh..rindunyee nak berzumba..teringat first time join zumba, peluh meleleh2 mcm tengah menangis sebab kena paksa keluar..hahaha..skg takleh join sbb preggy..

linda haslinda said...

kat mane kelas zumba ni?